Sunday, March 27, 2011

Muat turun video dari youtube menggunakan firefox





Youtube, salah satu laman web paling popular di dunia internet selain facebook,myspace dan sebagainya merupakan laman web carian video paling pantas dan stable (lazimnya dipanggil streaming site).Ramai penggemar laman ini mengalami masalah untuk memuat turun video kegemaran diorang.Ada antara pengguna yang menggunakan IDM untuk muat turun video dari youtube,tetapi perisian ini adalah berbayar(banyak yang guna crack version =P).Tapi hal ini tak menjadi masalah kepada pengguna mozilla firefox kerana salah satu addon bagi web browser ini mampu memuat turun video dari youtube.

Download firefox browser dari sini

Firefox Addon ini dipanggil Easy Youtube Vide Downloader.
Boleh dimuat turun dari sini.
Pastikan anda menggunakan firefox, bukan thunderbird dan sebagainya.

Panduan:
1-Dari link yang diberikan,muat turun dan install pada firefox anda.
2-Restart firefox
3-Pergi ke laman web youtube. dan akan terdapat label untuk download as (format mengikut kesesuaian perisian video anda)

Hasilnya:



Ok,selamat mencuba

Menggunakan webcam sebagai kamera litar tertutup(CCTV)



Untuk kali ni, aku nak share sedikit pengetahuan IT mengenai menukar kefungsian webcam menjadi CCTV.Untuk pengetahuan korang, ini hanya basic CCTV dan hanya menggunakan USB interface webcam.

Ceklist:
1-Komputer desktop atau laptop yang mempunyai talian internet (ADSL connection untuk better performance)
2-Usb webcam
3-Perisian dipanggil DORGREM (perisian opensource)http://dorgem.sourceforge.net


Korang boleh muat turun dari website di bawah

Ada 4 jenis link,so pilih mana yang sesuai:




Panduan:

1. Install DORGEM.
2. Tetapkan konfigurasi DORGEM mengikut keperluan.
3. Tetapkan router ke port yang spesifik.
4. SELESAI !
5. Untuk panduan yang lebih jelas, sila refer video di atas.


Itu sahaja untuk hari minggu ini, diharap perkara ini membantu korang untuk setup CCTV low budget =)

Saturday, March 26, 2011

Percuma 2 Set Big Breakfast di McDonald seluruh Malaysia


Untuk pengetahuan korang, mulai 15 March hingga 31 March,McDonald telah adakan promosi set breakfast menerusi voucher dimana syaratnya adalah seperti berikut:

-Hanya boleh ditebus 15 March 2011-31 March 2011
-Pembelian minimum RM5
-Di seluruh McDonald di Malaysia yang sediakan Breakfast set
-4am-11am sahaja
-Boleh print hitam putih dan colour(selain dari original kupon,masih valid)

Dibawah ni versi 6 voucher dalam satu kertas a4:

Muat turun sini

Untuk format pdf, muat turun sini


So, untuk kesahihan sama ada boleh gunakan voucher versi hitam putih yang dicetak dari printer buruk mp140 aku ni.Aku dengan Aiman Mazlan pergi ke McD kulim setelah selesai sesi Dota.Tak silap aku time tu pukul 4.15 am.Dengan belian RM5.40 iaitu 2 pc soft drink,terbukti boleh digunakan walaupun versi print out hitam putih..Dibawah gambar kami enjoice the 2 free big breakfast.=)

26 March 2011
4.40am








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...