Monday, February 18, 2013

Cara mengawal alahan Eczema/Ekzema

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa). Aku salah sorang yang terkena penyakit ni, dulu susah nak kawal tapi akhirnya berjaya jugak kawal lepas buat 'research' pasal penyakit ni.Mostly aku buat research dari forum2 public kt Malaysia dan luar negara. Cara nak kawal radang ni hanya dengan mengambil suplement yang betul dan jaga pemakanan.Cara pemakanan , elak makan makanan yang ada belacan banyak sangat, elak cafeine drink,elak makan pedas2 sangat sebab tu boleh trigger radang tu.Suplement food yang aku ambil seperti dibawah.

 1-Seven Seas Original cod liver oil (2 biji sekali makan 3 kali sehari)
 *digalakkan ambil dalam bentuk pil.
 * mengandungi vitamin A , D dan E .
 * Meningkatkan daya imunisasi badan terhadap penyakit kulit dan lain2
 * Menguatkan paru2 * nak lebih details pergi website seven seas sendiri =P
 * Boleh didapati di guardian,watson dan juga di lelong.com pautan lelong

Gambar produk seperti di bawah:











2-21 st Century B-Complex with lipotropics wheat germ and lecithin( 1 kali sehari selepas makan sahaja)
 * yang ni banyak khasiat, bagi tenaga, consume makanan kepada tenaga mostly
 * mengekalkan kesihatan hati
 * yang paling penting Riboflavin(b2) dlm b complex ni paling tinggi berbanding suplement food yang lain.riboflavin penting untuk proses sel yang banyak kena mengena dengan eczema ni
* boleh didapati di farmasi tempatan,watson atau guardian

 RIBOFLAVIN
Vitamin B2, yang juga dikenali sebagai riboflavin (E101), merupakan mikronutrien yang mudah diserap. Vitamin B2 mempunyai peranan penting dalam menjamin kesihatan. Ia merupakan komponen utama kofaktor FAD dan FMN, dan ini merupakan sebab diperlukan oleh protein flavo (flavoprotein). Oleh itu, vitamin B2 diperlukan untuk pelbagai proses sel. Seperti vitamin B yang lain, ia sangat penting dalam tenaga metabolisme dan diperlukan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan protein. Pendedahan kepada cahaya memusnahkan riboflavin. Riboflavin tidak berbahaya apabila dimakan melalui mulut kerana keterlarutannya yang rendah menjauhkannya daripada diserap dalam kuantiti yang banyak oleh usus. Kerana riboflavin ialah lutcahaya di bawah pancaran UV, larutan yang tidak pekat digunakan untuk mencari kebocoran atau untuk menunjukkan kebersihannya di sistem industri seperti bioreaktor.

Gambar produk seperti di bawah.
.

ok harap post ni sedikit sebanyak membantu penghidap eczema yang cuba mengawal penyakit ni.Ingat, penyakit ni tiada penawar kecuali hanya dengan mengawalnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...