
*lebih kurang mcm ni la jadinya dahi aku sebelum ni, tapi aku cover pakai bedak xnmpk.kulit jadi kering sesangat*
Terus aku buat kajian benda apa yang si kelmumur ni takut.hasilnya aku dapat info yang kelmumur ni boleh diatasi dengan 'Selenium sulfide'.So aku pun pergi ke farmasi berdekatan dan tanya kat pharmacist tu, nak losyen or shampoo kepala yang ada Selenium sulfide paling banyak. Dan aku pn beli seperti gambar dibawah ni. =).harganya rm16.90.

*jenama selsun dengan kandungan selenium sulfide sebanyak 25ml dari 75ml*
Cara penggunaan dia, basahkan rambut lepastu goncang botol tu untuk sebatikan sulfide dengan losyen dan sapu kt kulit kepala macam pakai shampoo biasa, biar selama 3 min then bilaskan.lepas tu ulang sekali lagi, tunggu 3 minit then bilaskan jugak.Amalkan 2 kali seminggu. Minggu ke 2 dh nampak kesan, minggu ke 3 lagi nampak kesan. Minggu ke 4 dah xde terus kelmumur.
Kepada yang kelemumur kronik sampai ke dahi,kening,belakang telinga. sapukan losyen kt bahagian yang ada kelemumur tu dan biarkan selama 10 minit selepas tu basuh hingga bersih.Amalkan sekali sehari.InsyaAllah dalam masa 2 minggu hilangla kelemumur tu.
So kepada yang menghadapi masalah kelemumur tu, boleh la cuba ubat ni.ada je jual kt farmasi dekat2 rumah korang.selamat mencuba.