1-Seven Seas Original cod liver oil (2 biji sekali makan 3 kali sehari)
*digalakkan ambil dalam bentuk pil.
* mengandungi vitamin A , D dan E .
* Meningkatkan daya imunisasi badan terhadap penyakit kulit dan lain2
* Menguatkan paru2 * nak lebih details pergi website seven seas sendiri =P
* Boleh didapati di guardian,watson dan juga di lelong.com pautan lelong
Gambar produk seperti di bawah:

2-21 st Century B-Complex with lipotropics wheat germ and lecithin( 1 kali sehari selepas makan sahaja)
* yang ni banyak khasiat, bagi tenaga, consume makanan kepada tenaga mostly
* mengekalkan kesihatan hati
* yang paling penting Riboflavin(b2) dlm b complex ni paling tinggi berbanding suplement food yang lain.riboflavin penting untuk proses sel yang banyak kena mengena dengan eczema ni
* boleh didapati di farmasi tempatan,watson atau guardian
RIBOFLAVIN
Vitamin B2, yang juga dikenali sebagai riboflavin (E101), merupakan mikronutrien yang mudah diserap. Vitamin B2 mempunyai peranan penting dalam menjamin kesihatan. Ia merupakan komponen utama kofaktor FAD dan FMN, dan ini merupakan sebab diperlukan oleh protein flavo (flavoprotein). Oleh itu, vitamin B2 diperlukan untuk pelbagai proses sel. Seperti vitamin B yang lain, ia sangat penting dalam tenaga metabolisme dan diperlukan untuk metabolisme lemak, karbohidrat dan protein. Pendedahan kepada cahaya memusnahkan riboflavin. Riboflavin tidak berbahaya apabila dimakan melalui mulut kerana keterlarutannya yang rendah menjauhkannya daripada diserap dalam kuantiti yang banyak oleh usus. Kerana riboflavin ialah lutcahaya di bawah pancaran UV, larutan yang tidak pekat digunakan untuk mencari kebocoran atau untuk menunjukkan kebersihannya di sistem industri seperti bioreaktor.
Gambar produk seperti di bawah.
.

ok harap post ni sedikit sebanyak membantu penghidap eczema yang cuba mengawal penyakit ni.Ingat, penyakit ni tiada penawar kecuali hanya dengan mengawalnya.