Monday, February 14, 2011

Permainan Game Boy Advance di dalam sistem Android.


Salam sejahtera kepada pembaca blog aku ni.Kali ni aku nk dedahkan salah satu kelebihan android phone iaitu bermainan permainan GBA.Pernah tak korang dengar GBA?gameboy poket,gameboy colour? dikalangan lelaki pasti tahu tentang konsol ini.Ia merupakan konsol mini atau lebih mudah dikenali sebagai "handheld console".Seperti gambar di atas, adalah antara siri keluarga gameboy yang dikeluarkan nintendo dan GBA berbentuk seperti ikon dibawah yang juga ikon perisian GAMEBOID.


Untuk menjalankan perisian ini, korang perlu download dua files dibawah:

atau qr code

qrcode



atau qr code

qrcode

Setelah selesai proses install apk file.Unzip file gba bios menggunakan androzip(anda boleh dapatkan ia secara percuma kat app market).file bios .bin tu anda targetkan menerusi perisian gameboid yang sudah selesai diinstall.

Sekarang korang kena dapatkan rom file bagi game-game gba yang korang teringin sangat nak main.Lepas tu sekali lagi masa perisian mula,targetkan rom di folder dalam sd card korang.Macam aku ni,aku download game pokemon fire version.dah main half dah pun gunakan gameboid ni.Tak pecaye? tu screenshot kat bawah.



Rom2 bagi game gba korang leh dapatkan kat:

nak senang lagi korang tanya je pakcik http://www.google.com.my

Untuk pengetahuan korang, versi gameboid yang aku letakkan dalam entri ni adalah yang paling ok dan stable,xpernah hang atau crash macam versi baru,aku pun tak tahu kenape yang versi baru banyak bug.

Mode yang available untuk emulator base android ni:

-Boleh save
-Boleh quick save
-Boleh cepatkan permainan
-Boleh take screenshot (mcm aku paste gambar kt atas tu)
-Boleh main banyak jenis ROM
-Bug free =) buat masa ini la.

Bagi fungsi navigasi,korang boleh gunakan touch screen sebagai button dan kalau tak selesa,korang boleh set sendiri gunakan button yang terdapat pada fon korang.macam aku, start and select guna screen.yang lain guna nav buton,search and back button.So aku rasa takda masalah kot,kira ikut keselesaan korang la.=P

Ok,itu saja dari aku untuk entri kali ini.Sebarang pertanyaan boleh terus tanya melalui komen dibawah.








Monday, February 7, 2011

Medan Selera Padang Brown



Untuk sampai kat sini, lebih senang kalau datang melalui feri kerana lebih dekat berbanding guna jambatan,jalan agak jammed kalau pergi hari minggu so pandai2 la korang nk ke tempat ini.peta adalah seperti di bawah.Kena pusing komtar sket,belok sana sini,pusing sikit nanti sampai la,nama jalan tu Jalan Dato Keramat.Kepada pengguna GPS, masukkan koordinat :

5.4141763n 100.3167146e.

So sesiapa yang nk berjalan ke pulau pinang lepas maghrib tu boleh la datang lepak atau menjamu selera kt sini.Macam-macam ada kat sini, pendek kata variety la senang. =P

Untuk pengetahuan korang, kat sini mostly byk makanan penang@mamak.Pasembor,nasi kandar,laksa penang dll lagi.Yang paling menarik perhatian kt sini ialah Chelor-chelor (satay rebus),Sotong bakar,Ais kacang +ais krim.Time ni aku cerita pasal yang paling best la, iaitu celur-celur.Nama kedai dia Majid Chelor-chelor.
kredit to blog elle* sebab aku xsempat snap gambar kedai.


Korang pernah dengar tak makanan ni and dpt bayangkan mcm mana?Dia lebih kurang steamboat je tapi ala2 satay..kt tengah2 tu ada tempat rebus makanan macam fish cake,sotong+kangkung,ketam,fish ball,isi ketam dan macam2 lagi. =).Yang membuatkan sume ni sedap ialah sos dier..betul2 legendary nye. =).

*nampak sedap kan?+ dengan ais kacang ais krim = memang sedap pun!*



*Fishball oren tu sedap*

*Sos pedas special*


So apa lagi,jom la pakat mai ramai2 kat tempat ni!

Thursday, February 3, 2011

SAMSUNG GALAXY 5 i5503




Photobucket



Kecil,bergaya,lengkap dan mampu dimiliki bagi penggemar gadget di Malaysia.Ia turut dikenali sebagai Samsung Europa atau Samsung corby i5500.Dilengkapi dengan OS Android 2.1 eclair sebagai standard OS bagi phone ini dan mampu diupgrade menggunakan 2.2 froyo.Apa yang menarik mengenai telefon bimbit keluaran syarikat Samsung ini ialah ia datang dengan 2.8 inci "Capacitive Touch Screen" iaitu skrin sesentuh yang menjadi pilihan ramai pada masa kini.Kenapa menjadi pilihan masa kini? ini adalah kerana respon pada skrin adalah lancar dan mudah digunakan tidak seperti skrin sesentuh jenis resistif dimana ia kurang responsif,untuk pengetahuan anda, ipod touch dan iphone menggunakan capacitive touch screen.Sistem operasi android juga mempunyai APPS store seperti iOs tetapi dikenali sebagai android Market dimana pengguna boleh memuat turun applikasi atau games samada percuma atau berbayar. Anda boleh dapatkan phone ini dari pengedar Sah Samsung seperti Sengheng,SenQ,Jusco atau Samsung Store sendiri pada harga:

Harga Retail :RM690
Harga Pasaran: RM650
Harga Terpakai : RM450-550

Standard set bagi phone ini adalah

-Earphone
-Usb cable
-2gb mini sd
-manual
-box
-1 tahun jaminan dari Samsung Malaysia

Selepas hampir sebulan menggunakan gadget ini, apa yang mampu saya katakan ia berjaya mengatasi iphone,iphone 3g(minta maaf kepada apple fanboy =P).Seterusnya kita terus ke bahagian ulasan bagi phone ini.Kita mulakan dengan spesifikasi smartphone ini.

Spesifikasi telefon ini adalah seperti berikut:

Photobucket


Menarik bukan?Fm Radio,Wifi,Bluetooth,GPS,Camera,3g dan yang paling penting pada masa kini ialah Social network integration dimana kita boleh sync phone kepada account gmail, email,Facebook,myspace,friendster.Sync ini meliputi direktori contacts serta kandungan alamat email di dalam account email dan akaun facebook anda.Keupayaan wifi membolehkan pengguna mengakses internet dengan aplikasi android browser atau aplikasi third party seperti opera mobile.

Kualiti gambar yang diambil dari kamera 2mp telefon ini adalah pada tahap normal.Aplikasi kamera pada telefon ini adalah menarik iaitu ia dilengkapi dengan smile shot,geo tagging dan panorama mode.Kualiti dan saiz gambar adalah sesuai untuk dimuat naik menggunakan aplikasi facebook dimana ia lebih cepat.Oleh itu, boleh saya katakan bahawa telefon ini sesuai kepada penggemar "social network" terutama sekali pengguna facebook.Aplikasi facebook pada android pada masa kini adalah setanding aplikasi pada iphone.Facebook for android mampu memuat naik gambar,menggunakan fungsi chatting fb, fungsi groups di fb dan lain2 lagi.

Fungsi GPS merupakan salah satu kelebihan telefon ini.GPS boleh digunakan dengan menggunakan aplikasi GPS seperti PAPAGO.PAPAGOx5 merupakan aplikasi GPS android yang paling popular di WIFI.Saya sendiri menggunakan Papagox5 dan ia telah membantu saya mencari jalan atau tempat yang ingin saya kunjungi terutama sekali di Pulau Pinang =) atau bandar besar yang lain.Dengan voice navigation,anda tidak akan lagi sesat tidak kira dimana jua anda berada.Untuk peringatan anda,sila bawa bateri backup atau car charger kerana penggunaan GPS akan menggunakan banyak kuasa bateri telefon anda.
Photobucket
Lain-lain kelebihan telefon ini adalah applikasi third party yang membolehkan ia menjalankan permainan gameboy dan gameboy advance.Bagi gba/gb,applikasi gameboid diperlukan beserta rom bagi gba tersebut.Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengambil gambar dari gameplay.

*Pokemon Fire Version in action!!*

Dan yang paling best sekali berkenaan telefon ini adalah tempoh bateri bertahan untuk charge penuh iaitu hampir 3 hari dengan normal usage (wifi,texting,song) bagi telefon jenis "touch screen".Kepada pengguna yang ingin berjinak-jinak dengan android os,telefon ini amat sesuai dengan anda.

*Standard pakej bagi galaxy 5*



Seterusnya keupayaan sms,chatting bagi phone ni.Kepada kaki gtalk,telefon ini dilengkapi dengan aplikasi gtalk.Dan kepada pengguna YM,anda boleh memuat turun aplikasi dari market begitu juga dengan pengguna skype.Paparan untuk messaging(sms) adalah mudah dan tersusun dimana setiap sms yang dihantar mengikut pengguna disusun secara automatik.Segala fungsi ini memerlukan proses menaip dan semestinya sukar bagi telefon yang menggunakan skrin sesentuh.Tapi ini tidak menjadi masalah bagi Galaxy 5 kerana ia datang dengan swype iaitu perisian yang berguna bagi penggunaan texting qwert.Dengan swype,pengguna mampu menaip dengan cepat dan kadar kesilapan sentuh dapat dikurangkan. =)




Lagi ulasan di masa akan datang. =)

Android FTW!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...