Thursday, February 3, 2011

SAMSUNG GALAXY 5 i5503




Photobucket



Kecil,bergaya,lengkap dan mampu dimiliki bagi penggemar gadget di Malaysia.Ia turut dikenali sebagai Samsung Europa atau Samsung corby i5500.Dilengkapi dengan OS Android 2.1 eclair sebagai standard OS bagi phone ini dan mampu diupgrade menggunakan 2.2 froyo.Apa yang menarik mengenai telefon bimbit keluaran syarikat Samsung ini ialah ia datang dengan 2.8 inci "Capacitive Touch Screen" iaitu skrin sesentuh yang menjadi pilihan ramai pada masa kini.Kenapa menjadi pilihan masa kini? ini adalah kerana respon pada skrin adalah lancar dan mudah digunakan tidak seperti skrin sesentuh jenis resistif dimana ia kurang responsif,untuk pengetahuan anda, ipod touch dan iphone menggunakan capacitive touch screen.Sistem operasi android juga mempunyai APPS store seperti iOs tetapi dikenali sebagai android Market dimana pengguna boleh memuat turun applikasi atau games samada percuma atau berbayar. Anda boleh dapatkan phone ini dari pengedar Sah Samsung seperti Sengheng,SenQ,Jusco atau Samsung Store sendiri pada harga:

Harga Retail :RM690
Harga Pasaran: RM650
Harga Terpakai : RM450-550

Standard set bagi phone ini adalah

-Earphone
-Usb cable
-2gb mini sd
-manual
-box
-1 tahun jaminan dari Samsung Malaysia

Selepas hampir sebulan menggunakan gadget ini, apa yang mampu saya katakan ia berjaya mengatasi iphone,iphone 3g(minta maaf kepada apple fanboy =P).Seterusnya kita terus ke bahagian ulasan bagi phone ini.Kita mulakan dengan spesifikasi smartphone ini.

Spesifikasi telefon ini adalah seperti berikut:

Photobucket


Menarik bukan?Fm Radio,Wifi,Bluetooth,GPS,Camera,3g dan yang paling penting pada masa kini ialah Social network integration dimana kita boleh sync phone kepada account gmail, email,Facebook,myspace,friendster.Sync ini meliputi direktori contacts serta kandungan alamat email di dalam account email dan akaun facebook anda.Keupayaan wifi membolehkan pengguna mengakses internet dengan aplikasi android browser atau aplikasi third party seperti opera mobile.

Kualiti gambar yang diambil dari kamera 2mp telefon ini adalah pada tahap normal.Aplikasi kamera pada telefon ini adalah menarik iaitu ia dilengkapi dengan smile shot,geo tagging dan panorama mode.Kualiti dan saiz gambar adalah sesuai untuk dimuat naik menggunakan aplikasi facebook dimana ia lebih cepat.Oleh itu, boleh saya katakan bahawa telefon ini sesuai kepada penggemar "social network" terutama sekali pengguna facebook.Aplikasi facebook pada android pada masa kini adalah setanding aplikasi pada iphone.Facebook for android mampu memuat naik gambar,menggunakan fungsi chatting fb, fungsi groups di fb dan lain2 lagi.

Fungsi GPS merupakan salah satu kelebihan telefon ini.GPS boleh digunakan dengan menggunakan aplikasi GPS seperti PAPAGO.PAPAGOx5 merupakan aplikasi GPS android yang paling popular di WIFI.Saya sendiri menggunakan Papagox5 dan ia telah membantu saya mencari jalan atau tempat yang ingin saya kunjungi terutama sekali di Pulau Pinang =) atau bandar besar yang lain.Dengan voice navigation,anda tidak akan lagi sesat tidak kira dimana jua anda berada.Untuk peringatan anda,sila bawa bateri backup atau car charger kerana penggunaan GPS akan menggunakan banyak kuasa bateri telefon anda.
Photobucket
Lain-lain kelebihan telefon ini adalah applikasi third party yang membolehkan ia menjalankan permainan gameboy dan gameboy advance.Bagi gba/gb,applikasi gameboid diperlukan beserta rom bagi gba tersebut.Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengambil gambar dari gameplay.

*Pokemon Fire Version in action!!*

Dan yang paling best sekali berkenaan telefon ini adalah tempoh bateri bertahan untuk charge penuh iaitu hampir 3 hari dengan normal usage (wifi,texting,song) bagi telefon jenis "touch screen".Kepada pengguna yang ingin berjinak-jinak dengan android os,telefon ini amat sesuai dengan anda.

*Standard pakej bagi galaxy 5*



Seterusnya keupayaan sms,chatting bagi phone ni.Kepada kaki gtalk,telefon ini dilengkapi dengan aplikasi gtalk.Dan kepada pengguna YM,anda boleh memuat turun aplikasi dari market begitu juga dengan pengguna skype.Paparan untuk messaging(sms) adalah mudah dan tersusun dimana setiap sms yang dihantar mengikut pengguna disusun secara automatik.Segala fungsi ini memerlukan proses menaip dan semestinya sukar bagi telefon yang menggunakan skrin sesentuh.Tapi ini tidak menjadi masalah bagi Galaxy 5 kerana ia datang dengan swype iaitu perisian yang berguna bagi penggunaan texting qwert.Dengan swype,pengguna mampu menaip dengan cepat dan kadar kesilapan sentuh dapat dikurangkan. =)




Lagi ulasan di masa akan datang. =)

Android FTW!





1 comment:

  1. Woaahhh!!! Superb! Tp apsal mcm bukan Imran yg aku knl..:p - Epi-

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...