Monday, February 14, 2011

Permainan Game Boy Advance di dalam sistem Android.


Salam sejahtera kepada pembaca blog aku ni.Kali ni aku nk dedahkan salah satu kelebihan android phone iaitu bermainan permainan GBA.Pernah tak korang dengar GBA?gameboy poket,gameboy colour? dikalangan lelaki pasti tahu tentang konsol ini.Ia merupakan konsol mini atau lebih mudah dikenali sebagai "handheld console".Seperti gambar di atas, adalah antara siri keluarga gameboy yang dikeluarkan nintendo dan GBA berbentuk seperti ikon dibawah yang juga ikon perisian GAMEBOID.


Untuk menjalankan perisian ini, korang perlu download dua files dibawah:

atau qr code

qrcode



atau qr code

qrcode

Setelah selesai proses install apk file.Unzip file gba bios menggunakan androzip(anda boleh dapatkan ia secara percuma kat app market).file bios .bin tu anda targetkan menerusi perisian gameboid yang sudah selesai diinstall.

Sekarang korang kena dapatkan rom file bagi game-game gba yang korang teringin sangat nak main.Lepas tu sekali lagi masa perisian mula,targetkan rom di folder dalam sd card korang.Macam aku ni,aku download game pokemon fire version.dah main half dah pun gunakan gameboid ni.Tak pecaye? tu screenshot kat bawah.



Rom2 bagi game gba korang leh dapatkan kat:

nak senang lagi korang tanya je pakcik http://www.google.com.my

Untuk pengetahuan korang, versi gameboid yang aku letakkan dalam entri ni adalah yang paling ok dan stable,xpernah hang atau crash macam versi baru,aku pun tak tahu kenape yang versi baru banyak bug.

Mode yang available untuk emulator base android ni:

-Boleh save
-Boleh quick save
-Boleh cepatkan permainan
-Boleh take screenshot (mcm aku paste gambar kt atas tu)
-Boleh main banyak jenis ROM
-Bug free =) buat masa ini la.

Bagi fungsi navigasi,korang boleh gunakan touch screen sebagai button dan kalau tak selesa,korang boleh set sendiri gunakan button yang terdapat pada fon korang.macam aku, start and select guna screen.yang lain guna nav buton,search and back button.So aku rasa takda masalah kot,kira ikut keselesaan korang la.=P

Ok,itu saja dari aku untuk entri kali ini.Sebarang pertanyaan boleh terus tanya melalui komen dibawah.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...