blog ini dibangunkan untuk berkongsi maklumat,panduan,dan apa2 sahaja yang berguna.Sekian.
Sunday, August 21, 2011
Cara-cara bypass website yang diblock TM Streamyx
Beberapa bulan yang lepas, kita digemparkan dengan berita noob dari SKMM yang diorang akan "block" access ke website2 filesharing terkenal.Tindakan ini diambil SKMM selepas banyak syarikat produksi "butthurt" apabila drama2 dan movie2 tak berkualiti diorang di muat naik ke website2 filesharing.Ada jugak pihak lain yang mengatakan sebab kerajaan nk sekat wikileaks?.Entahla.So untuk entri kali ni aku akan tunjuk cara untuk bypass guna DNS server.
Tapi mesti ramai yang cakap, hekeleh benda ni da lama orang tau ler.Yerp, memang ramai yang dah tau tapi leceh la kan tiap kali nk tukar dns mesti banyak benda kena klik.=P.So apa kata kita just guna APLIKASI?.
Memperkenalkan DNS jumper.
SO apa yang best sangat pasal DNS jumper ni?
-Senang kita nk tukar2 DNS. sebab DNS ini kadang2 buat speed connection kita agak slow.Owh ya, DNS ada banyak ye. Open dns,google dns,norton dns,dnsadvantage dan banyak lagi.
-Nak guna connection tanpa DNS.Untuk kaki garena, penggunaan DNS tidak digalakkan sebab boleh menjadi punca Lagness.=)
-PERCUMA - ini kot paling best?
Senarai bahan/alat yang diperlukan:
a- komputer/laptop
b- Internet?(ye la kan nk test kefungsian DNS ni)
c- perisian DNS jumper (DOWNLOAD KAT SINI)
Langkah2nya seperti berikut:
1 - Pertama sekali,muat turun perisian dns jumper.Extract rar file tu.klik perisian dns jumper.takde install2.
2 - Dalam perisian ni dah siap tersedia senarai dns server yang free.Untuk apply DNS server. Pilih network card korang,sapa yang guna wireless tu pilih la yang wireless card.Macam kat gambar bawah ni aku guna NIC cable.Pilih DNS server pilihan korang,aku pilih google dns(8.8.8.8, 8.8.4.4) yang agak stabil la kalau nak download2 ni.
3 - Klik apply DNS untuk menggunakan google dns tersebut dan DNS bagi internet connection korang akan berubah.refer gambar bawah.
4 - Contohnya website filestube(sini port baik nk search movie atau tv series) diblock skmm.
Sebelum
Selepas.
nais!~
5 - Okey selamat mencuba!
Labels:
Teknologi Maklumat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment