blog ini dibangunkan untuk berkongsi maklumat,panduan,dan apa2 sahaja yang berguna.Sekian.
Sunday, August 21, 2011
Install windows 7 menggunakan pendrive usb(bootable)
Salam ramadhan kepada pembaca sekalian.Seperti yang kita tahu,proses format sesuatu sistem memerlukan cd installer sistem operasi sekaligus memerlukan cd drive.So untuk entri kali ni aku akan menerangkan bagaimana cara install windows 7 menggunakan pendrive usb.
Senarai bahan yang diperlukan:
a- usb pendrive 4gb (iso windows 7 selalunya 2.5gb-3gb)
b- iso image untuk windows 7.
c- komputer/laptop yang ada usb slot.
1 . Pertama sekali, muat turun Windows 7 usb/dvd tools dan install dalam sistem anda.
2 . Jalankan aplikasi windows 7 usb dvd tool dan browse iso image windows 7 anda.
3 . Di skrin seterusnya, klik usb device untuk pilihan bootable usb windows 7.
4 . Pilih usb drive pilihan anda dari menu ini dan klik "begin copying" untuk memulakan proses paste ke dalam usb drive.
5 . Skrin seterusnya akan menunjukkan proses membina bootable usb drive.Proses ini memakan masa 10-15 min bergantung kepada kelajuan sistem anda.
6 . Bila proses sudah tamat.pendrive yang telah dimuat bootable os boleh terus digunakan.
So kepada juruteknik IT di luar sana, ini mungkin membantu anda di waktu kecemasan terutama sekali apabila cd/dvd drive pelanggan tidak berfungsi .=) Selamat mencuba.
Labels:
Teknologi Maklumat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment