Sunday, August 21, 2011

Tingkatkan keselamatan rangkaian wireless anda



Selamat pagi dan salam ramadhan.Rangkaian tanpa wayar telah menjadi pilihan ramai pada masa kini, terutama sekali pengguna laptop samada di rumah atau pun di tempat awam.Kita sering terdengar cerita tentang penggodam "wireless" di kawasan perumahan dan lebih teruk lagi kes2 sniffer yang mampu mendapatkan data seperti kad kredit,password perbankan dan sebagainya.

So untuk entri pagi ni, sedikit tips untuk meningkatkan keselamatan "wireless" anda melalui tetapan modem wireless ap.Harap ia membantu. =)

1- Kedudukan AP

Kedudukan bagi modem ap hendaklah strategik dan tertumpu kepada kawasan yang hendak digunakan anda.Elakkan dari meletakkan modem di tepi tingkap.Untuk pengetahuan anda, kaca tidak dapat menghalang signal dari modem malah perkara ini memudahkan pencuri signal melakukan kerja mereka.Seelok-eloknya letak di tengah2 rumah atau bangunan.

2- Gunakan sistem sekuriti enkripsi WPA.

WPA adalah singkatan bagi wifi protected access.Sistem enkripsi ini adalah dalam bentuk 128 bit hingga 256 bit berbanding WEP(wired equivalent privacy)yang hanya menggunakan teknologi enkripsi 64bit hingga 128 bit.Enkripsi WPA adalah lebih selamat dan penggodam yang menggunakan linux backtrack akan mengalami masalah dari segi masa untuk mendapatkan kata laluan wireless ap anda.

3- Disable DHCP

Dengan ini,penggodam perlu decode semula tcp/ip parameter,subnet mask dan juga ip address sebagai syarat untuk menggodam rangkaian wireless anda.

4- Filter MAC address

MAC address adalah identiti setiap network card samada wifi card ataupun NIC (untuk sambungan kabel).Penggunaan wireless hanya akan diberi kepada mac address yang dikenal pasti.

5- Disable atau menukar tetapan SNMP.

Dengan melakukan tetapan terhadap SNMP, penggodam akan mengalami masalah dalam mendapatkan maklumat menyeluruh tentang rangkaian wireless anda.

okies,selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...