Friday, December 2, 2011

Movie Review - Ombak Rindu

Photobucket


Ombak rindu, sebuah cerita adaptasi novel 'ombak rindu' yang agak famous dari dulu sampailah sekarang.Thanks kepada osman ali kerana berjaya mengarah filem ini dengan baik sekali, sinematografi mmg best macam filem lbs sebelum ni.durasi filem lebih kurang 2jam+ dengan gabungan mantap pelakon;MAYA KARIN,AARON AZIZ, LISA SURIHANI, BRONT PALARAE, AZIZAH MAHZAN, ZAIDI OMAR, NORMAH DAMANHURI, NATASHA HUDSON

Nak dipendekkan cite, mula2 takda niat pn nk tgk cerita ni sebab tajuk dia macam tak best je.Oleh sebab myloveone nk datang ke utara ni so aku pn amek opportunity ni bawak dia g tgk Ombak Rindu.

Photobucket

Habis je settle hal kt kolej terus bergerak ke TGV cinema s.perai.First impression masa mula2 cerita dah rasa mcm best, dengan sinematografi yg superb, ost yang syahdu(tp slek sikit la suara adira).Untuk sape yg dh pnh bc nvel ni mesti kurang senang sebab banyak part da dipotong, ye la kan kalau full mcm novel mesti 2 jam xckup pnye.Jalan cerita okei sgt, babak2 romantis pn ok.haha.

Org cakap cite ni akan buat korang nangis, even Sharad Sharan(tarantela picture ceo kot?) pun cakap boleh buat korang nangis 10 kali(i lol at this).Yerp mmg sedei pn tapi xde la sampai nk nangis..sape hati ada taman bole kot nangis, tgk org sbelah muke ganas pn mata berayaq.wakakka..

So kepada sape yang tak tgk lg cite ni, pegi la tgk.better lg p tgk dgn org tersayang cuz cite ni akan buat mana2 laki atau pempuan rasa lebih appreciate kt pasangan diorang.just my 2 cent.=P

so bawah ni ada link video ost..aku prefer lagu cover oleh Ajek hassan,better den original (apis + ira)..enjoice.tq



Wednesday, October 26, 2011

Cara Mengatasi Masalah Kelemumur(Dandruff)

Entri kali ni aku nak kongsi sedikit pengetahuan tentang mengatasi masalah kelemumur.Sebelum ni aku pun salah seorang yang menghadapi masalah ini hingga ke tahap kronik, nak tau kronik sampai macam mana? habis berkuping kulit kepala aku dengan kelmumur sampai la ke dahi, tepi hidung dan bulu kening aku naik kelemumur.teruk kan?.

Kelmumur kronik
*lebih kurang mcm ni la jadinya dahi aku sebelum ni, tapi aku cover pakai bedak xnmpk.kulit jadi kering sesangat*

Terus aku buat kajian benda apa yang si kelmumur ni takut.hasilnya aku dapat info yang kelmumur ni boleh diatasi dengan 'Selenium sulfide'.So aku pun pergi ke farmasi berdekatan dan tanya kat pharmacist tu, nak losyen or shampoo kepala yang ada Selenium sulfide paling banyak. Dan aku pn beli seperti gambar dibawah ni. =).harganya rm16.90.

Photobucket
*jenama selsun dengan kandungan selenium sulfide sebanyak 25ml dari 75ml*

Cara penggunaan dia, basahkan rambut lepastu goncang botol tu untuk sebatikan sulfide dengan losyen dan sapu kt kulit kepala macam pakai shampoo biasa, biar selama 3 min then bilaskan.lepas tu ulang sekali lagi, tunggu 3 minit then bilaskan jugak.Amalkan 2 kali seminggu. Minggu ke 2 dh nampak kesan, minggu ke 3 lagi nampak kesan. Minggu ke 4 dah xde terus kelmumur.

Kepada yang kelemumur kronik sampai ke dahi,kening,belakang telinga. sapukan losyen kt bahagian yang ada kelemumur tu dan biarkan selama 10 minit selepas tu basuh hingga bersih.Amalkan sekali sehari.InsyaAllah dalam masa 2 minggu hilangla kelemumur tu.

So kepada yang menghadapi masalah kelemumur tu, boleh la cuba ubat ni.ada je jual kt farmasi dekat2 rumah korang.selamat mencuba.

Tuesday, October 25, 2011

Hantu muncul dihadapan 7 Eleven di Paka, Terengganu

Menurut sumber, kejadian ni berlaku pada pagi 25 oktober. So, selepas beberapa kali forward dan backward, xnampak sebarang keganjilan yang video ni diedit..seems like Raw footage dari cctv 7E.so, buat la penilaian sendiri.haha.

Sunday, August 21, 2011

Tingkatkan keselamatan rangkaian wireless anda



Selamat pagi dan salam ramadhan.Rangkaian tanpa wayar telah menjadi pilihan ramai pada masa kini, terutama sekali pengguna laptop samada di rumah atau pun di tempat awam.Kita sering terdengar cerita tentang penggodam "wireless" di kawasan perumahan dan lebih teruk lagi kes2 sniffer yang mampu mendapatkan data seperti kad kredit,password perbankan dan sebagainya.

So untuk entri pagi ni, sedikit tips untuk meningkatkan keselamatan "wireless" anda melalui tetapan modem wireless ap.Harap ia membantu. =)

1- Kedudukan AP

Kedudukan bagi modem ap hendaklah strategik dan tertumpu kepada kawasan yang hendak digunakan anda.Elakkan dari meletakkan modem di tepi tingkap.Untuk pengetahuan anda, kaca tidak dapat menghalang signal dari modem malah perkara ini memudahkan pencuri signal melakukan kerja mereka.Seelok-eloknya letak di tengah2 rumah atau bangunan.

2- Gunakan sistem sekuriti enkripsi WPA.

WPA adalah singkatan bagi wifi protected access.Sistem enkripsi ini adalah dalam bentuk 128 bit hingga 256 bit berbanding WEP(wired equivalent privacy)yang hanya menggunakan teknologi enkripsi 64bit hingga 128 bit.Enkripsi WPA adalah lebih selamat dan penggodam yang menggunakan linux backtrack akan mengalami masalah dari segi masa untuk mendapatkan kata laluan wireless ap anda.

3- Disable DHCP

Dengan ini,penggodam perlu decode semula tcp/ip parameter,subnet mask dan juga ip address sebagai syarat untuk menggodam rangkaian wireless anda.

4- Filter MAC address

MAC address adalah identiti setiap network card samada wifi card ataupun NIC (untuk sambungan kabel).Penggunaan wireless hanya akan diberi kepada mac address yang dikenal pasti.

5- Disable atau menukar tetapan SNMP.

Dengan melakukan tetapan terhadap SNMP, penggodam akan mengalami masalah dalam mendapatkan maklumat menyeluruh tentang rangkaian wireless anda.

okies,selamat mencuba.




Tabung Optimus Prime -Hasbro




HI, ni aku nak cerita pasal my new toys.Tabung transformer yang berbentuk kepala leader autobots.

So kepada sapa yang berminat nak angkat satu boleh la order kat aku..take 1-2 weeks untuk sampai Malaysia.ni ori yer not fake.

Tabung ni special dia bila kita masukkan duit, mata optimus prime tu akan menyala dan akan ada bunyi transform atau dialog dari filem transformer.boleh tgk video kt bawah ni.Video ni diambil kt desk komputer aku dalam keadaan gelap.=)credit to my ace..enjoice.



Cara-cara bypass website yang diblock TM Streamyx





Beberapa bulan yang lepas, kita digemparkan dengan berita noob dari SKMM yang diorang akan "block" access ke website2 filesharing terkenal.Tindakan ini diambil SKMM selepas banyak syarikat produksi "butthurt" apabila drama2 dan movie2 tak berkualiti diorang di muat naik ke website2 filesharing.Ada jugak pihak lain yang mengatakan sebab kerajaan nk sekat wikileaks?.Entahla.So untuk entri kali ni aku akan tunjuk cara untuk bypass guna DNS server.

Tapi mesti ramai yang cakap, hekeleh benda ni da lama orang tau ler.Yerp, memang ramai yang dah tau tapi leceh la kan tiap kali nk tukar dns mesti banyak benda kena klik.=P.So apa kata kita just guna APLIKASI?.

Memperkenalkan DNS jumper.


SO apa yang best sangat pasal DNS jumper ni?

-Senang kita nk tukar2 DNS. sebab DNS ini kadang2 buat speed connection kita agak slow.Owh ya, DNS ada banyak ye. Open dns,google dns,norton dns,dnsadvantage dan banyak lagi.
-Nak guna connection tanpa DNS.Untuk kaki garena, penggunaan DNS tidak digalakkan sebab boleh menjadi punca Lagness.=)
-PERCUMA - ini kot paling best?


Senarai bahan/alat yang diperlukan:

a- komputer/laptop
b- Internet?(ye la kan nk test kefungsian DNS ni)
c- perisian DNS jumper (DOWNLOAD KAT SINI)

Langkah2nya seperti berikut:

1 - Pertama sekali,muat turun perisian dns jumper.Extract rar file tu.klik perisian dns jumper.takde install2.

Photobucket


2 - Dalam perisian ni dah siap tersedia senarai dns server yang free.Untuk apply DNS server. Pilih network card korang,sapa yang guna wireless tu pilih la yang wireless card.Macam kat gambar bawah ni aku guna NIC cable.Pilih DNS server pilihan korang,aku pilih google dns(8.8.8.8, 8.8.4.4) yang agak stabil la kalau nak download2 ni.

Photobucket

3 - Klik apply DNS untuk menggunakan google dns tersebut dan DNS bagi internet connection korang akan berubah.refer gambar bawah.

Photobucket

4 - Contohnya website filestube(sini port baik nk search movie atau tv series) diblock skmm.

Sebelum

Photobucket

Selepas.

Photobucket
nais!~


5 - Okey selamat mencuba!

Install windows 7 menggunakan pendrive usb(bootable)





Salam ramadhan kepada pembaca sekalian.Seperti yang kita tahu,proses format sesuatu sistem memerlukan cd installer sistem operasi sekaligus memerlukan cd drive.So untuk entri kali ni aku akan menerangkan bagaimana cara install windows 7 menggunakan pendrive usb.

Senarai bahan yang diperlukan:

a- usb pendrive 4gb (iso windows 7 selalunya 2.5gb-3gb)
b- iso image untuk windows 7.
c- komputer/laptop yang ada usb slot.


1 . Pertama sekali, muat turun Windows 7 usb/dvd tools dan install dalam sistem anda.

2 . Jalankan aplikasi windows 7 usb dvd tool dan browse iso image windows 7 anda.



3 . Di skrin seterusnya, klik usb device untuk pilihan bootable usb windows 7.



4 . Pilih usb drive pilihan anda dari menu ini dan klik "begin copying" untuk memulakan proses paste ke dalam usb drive.



5 . Skrin seterusnya akan menunjukkan proses membina bootable usb drive.Proses ini memakan masa 10-15 min bergantung kepada kelajuan sistem anda.



6 . Bila proses sudah tamat.pendrive yang telah dimuat bootable os boleh terus digunakan.

So kepada juruteknik IT di luar sana, ini mungkin membantu anda di waktu kecemasan terutama sekali apabila cd/dvd drive pelanggan tidak berfungsi .=) Selamat mencuba.




Sunday, March 27, 2011

Muat turun video dari youtube menggunakan firefox





Youtube, salah satu laman web paling popular di dunia internet selain facebook,myspace dan sebagainya merupakan laman web carian video paling pantas dan stable (lazimnya dipanggil streaming site).Ramai penggemar laman ini mengalami masalah untuk memuat turun video kegemaran diorang.Ada antara pengguna yang menggunakan IDM untuk muat turun video dari youtube,tetapi perisian ini adalah berbayar(banyak yang guna crack version =P).Tapi hal ini tak menjadi masalah kepada pengguna mozilla firefox kerana salah satu addon bagi web browser ini mampu memuat turun video dari youtube.

Download firefox browser dari sini

Firefox Addon ini dipanggil Easy Youtube Vide Downloader.
Boleh dimuat turun dari sini.
Pastikan anda menggunakan firefox, bukan thunderbird dan sebagainya.

Panduan:
1-Dari link yang diberikan,muat turun dan install pada firefox anda.
2-Restart firefox
3-Pergi ke laman web youtube. dan akan terdapat label untuk download as (format mengikut kesesuaian perisian video anda)

Hasilnya:



Ok,selamat mencuba

Menggunakan webcam sebagai kamera litar tertutup(CCTV)



Untuk kali ni, aku nak share sedikit pengetahuan IT mengenai menukar kefungsian webcam menjadi CCTV.Untuk pengetahuan korang, ini hanya basic CCTV dan hanya menggunakan USB interface webcam.

Ceklist:
1-Komputer desktop atau laptop yang mempunyai talian internet (ADSL connection untuk better performance)
2-Usb webcam
3-Perisian dipanggil DORGREM (perisian opensource)http://dorgem.sourceforge.net


Korang boleh muat turun dari website di bawah

Ada 4 jenis link,so pilih mana yang sesuai:




Panduan:

1. Install DORGEM.
2. Tetapkan konfigurasi DORGEM mengikut keperluan.
3. Tetapkan router ke port yang spesifik.
4. SELESAI !
5. Untuk panduan yang lebih jelas, sila refer video di atas.


Itu sahaja untuk hari minggu ini, diharap perkara ini membantu korang untuk setup CCTV low budget =)

Saturday, March 26, 2011

Percuma 2 Set Big Breakfast di McDonald seluruh Malaysia


Untuk pengetahuan korang, mulai 15 March hingga 31 March,McDonald telah adakan promosi set breakfast menerusi voucher dimana syaratnya adalah seperti berikut:

-Hanya boleh ditebus 15 March 2011-31 March 2011
-Pembelian minimum RM5
-Di seluruh McDonald di Malaysia yang sediakan Breakfast set
-4am-11am sahaja
-Boleh print hitam putih dan colour(selain dari original kupon,masih valid)

Dibawah ni versi 6 voucher dalam satu kertas a4:

Muat turun sini

Untuk format pdf, muat turun sini


So, untuk kesahihan sama ada boleh gunakan voucher versi hitam putih yang dicetak dari printer buruk mp140 aku ni.Aku dengan Aiman Mazlan pergi ke McD kulim setelah selesai sesi Dota.Tak silap aku time tu pukul 4.15 am.Dengan belian RM5.40 iaitu 2 pc soft drink,terbukti boleh digunakan walaupun versi print out hitam putih..Dibawah gambar kami enjoice the 2 free big breakfast.=)

26 March 2011
4.40am








Monday, February 14, 2011

Permainan Game Boy Advance di dalam sistem Android.


Salam sejahtera kepada pembaca blog aku ni.Kali ni aku nk dedahkan salah satu kelebihan android phone iaitu bermainan permainan GBA.Pernah tak korang dengar GBA?gameboy poket,gameboy colour? dikalangan lelaki pasti tahu tentang konsol ini.Ia merupakan konsol mini atau lebih mudah dikenali sebagai "handheld console".Seperti gambar di atas, adalah antara siri keluarga gameboy yang dikeluarkan nintendo dan GBA berbentuk seperti ikon dibawah yang juga ikon perisian GAMEBOID.


Untuk menjalankan perisian ini, korang perlu download dua files dibawah:

atau qr code

qrcode



atau qr code

qrcode

Setelah selesai proses install apk file.Unzip file gba bios menggunakan androzip(anda boleh dapatkan ia secara percuma kat app market).file bios .bin tu anda targetkan menerusi perisian gameboid yang sudah selesai diinstall.

Sekarang korang kena dapatkan rom file bagi game-game gba yang korang teringin sangat nak main.Lepas tu sekali lagi masa perisian mula,targetkan rom di folder dalam sd card korang.Macam aku ni,aku download game pokemon fire version.dah main half dah pun gunakan gameboid ni.Tak pecaye? tu screenshot kat bawah.



Rom2 bagi game gba korang leh dapatkan kat:

nak senang lagi korang tanya je pakcik http://www.google.com.my

Untuk pengetahuan korang, versi gameboid yang aku letakkan dalam entri ni adalah yang paling ok dan stable,xpernah hang atau crash macam versi baru,aku pun tak tahu kenape yang versi baru banyak bug.

Mode yang available untuk emulator base android ni:

-Boleh save
-Boleh quick save
-Boleh cepatkan permainan
-Boleh take screenshot (mcm aku paste gambar kt atas tu)
-Boleh main banyak jenis ROM
-Bug free =) buat masa ini la.

Bagi fungsi navigasi,korang boleh gunakan touch screen sebagai button dan kalau tak selesa,korang boleh set sendiri gunakan button yang terdapat pada fon korang.macam aku, start and select guna screen.yang lain guna nav buton,search and back button.So aku rasa takda masalah kot,kira ikut keselesaan korang la.=P

Ok,itu saja dari aku untuk entri kali ini.Sebarang pertanyaan boleh terus tanya melalui komen dibawah.








Monday, February 7, 2011

Medan Selera Padang Brown



Untuk sampai kat sini, lebih senang kalau datang melalui feri kerana lebih dekat berbanding guna jambatan,jalan agak jammed kalau pergi hari minggu so pandai2 la korang nk ke tempat ini.peta adalah seperti di bawah.Kena pusing komtar sket,belok sana sini,pusing sikit nanti sampai la,nama jalan tu Jalan Dato Keramat.Kepada pengguna GPS, masukkan koordinat :

5.4141763n 100.3167146e.

So sesiapa yang nk berjalan ke pulau pinang lepas maghrib tu boleh la datang lepak atau menjamu selera kt sini.Macam-macam ada kat sini, pendek kata variety la senang. =P

Untuk pengetahuan korang, kat sini mostly byk makanan penang@mamak.Pasembor,nasi kandar,laksa penang dll lagi.Yang paling menarik perhatian kt sini ialah Chelor-chelor (satay rebus),Sotong bakar,Ais kacang +ais krim.Time ni aku cerita pasal yang paling best la, iaitu celur-celur.Nama kedai dia Majid Chelor-chelor.
kredit to blog elle* sebab aku xsempat snap gambar kedai.


Korang pernah dengar tak makanan ni and dpt bayangkan mcm mana?Dia lebih kurang steamboat je tapi ala2 satay..kt tengah2 tu ada tempat rebus makanan macam fish cake,sotong+kangkung,ketam,fish ball,isi ketam dan macam2 lagi. =).Yang membuatkan sume ni sedap ialah sos dier..betul2 legendary nye. =).

*nampak sedap kan?+ dengan ais kacang ais krim = memang sedap pun!*



*Fishball oren tu sedap*

*Sos pedas special*


So apa lagi,jom la pakat mai ramai2 kat tempat ni!

Thursday, February 3, 2011

SAMSUNG GALAXY 5 i5503




Photobucket



Kecil,bergaya,lengkap dan mampu dimiliki bagi penggemar gadget di Malaysia.Ia turut dikenali sebagai Samsung Europa atau Samsung corby i5500.Dilengkapi dengan OS Android 2.1 eclair sebagai standard OS bagi phone ini dan mampu diupgrade menggunakan 2.2 froyo.Apa yang menarik mengenai telefon bimbit keluaran syarikat Samsung ini ialah ia datang dengan 2.8 inci "Capacitive Touch Screen" iaitu skrin sesentuh yang menjadi pilihan ramai pada masa kini.Kenapa menjadi pilihan masa kini? ini adalah kerana respon pada skrin adalah lancar dan mudah digunakan tidak seperti skrin sesentuh jenis resistif dimana ia kurang responsif,untuk pengetahuan anda, ipod touch dan iphone menggunakan capacitive touch screen.Sistem operasi android juga mempunyai APPS store seperti iOs tetapi dikenali sebagai android Market dimana pengguna boleh memuat turun applikasi atau games samada percuma atau berbayar. Anda boleh dapatkan phone ini dari pengedar Sah Samsung seperti Sengheng,SenQ,Jusco atau Samsung Store sendiri pada harga:

Harga Retail :RM690
Harga Pasaran: RM650
Harga Terpakai : RM450-550

Standard set bagi phone ini adalah

-Earphone
-Usb cable
-2gb mini sd
-manual
-box
-1 tahun jaminan dari Samsung Malaysia

Selepas hampir sebulan menggunakan gadget ini, apa yang mampu saya katakan ia berjaya mengatasi iphone,iphone 3g(minta maaf kepada apple fanboy =P).Seterusnya kita terus ke bahagian ulasan bagi phone ini.Kita mulakan dengan spesifikasi smartphone ini.

Spesifikasi telefon ini adalah seperti berikut:

Photobucket


Menarik bukan?Fm Radio,Wifi,Bluetooth,GPS,Camera,3g dan yang paling penting pada masa kini ialah Social network integration dimana kita boleh sync phone kepada account gmail, email,Facebook,myspace,friendster.Sync ini meliputi direktori contacts serta kandungan alamat email di dalam account email dan akaun facebook anda.Keupayaan wifi membolehkan pengguna mengakses internet dengan aplikasi android browser atau aplikasi third party seperti opera mobile.

Kualiti gambar yang diambil dari kamera 2mp telefon ini adalah pada tahap normal.Aplikasi kamera pada telefon ini adalah menarik iaitu ia dilengkapi dengan smile shot,geo tagging dan panorama mode.Kualiti dan saiz gambar adalah sesuai untuk dimuat naik menggunakan aplikasi facebook dimana ia lebih cepat.Oleh itu, boleh saya katakan bahawa telefon ini sesuai kepada penggemar "social network" terutama sekali pengguna facebook.Aplikasi facebook pada android pada masa kini adalah setanding aplikasi pada iphone.Facebook for android mampu memuat naik gambar,menggunakan fungsi chatting fb, fungsi groups di fb dan lain2 lagi.

Fungsi GPS merupakan salah satu kelebihan telefon ini.GPS boleh digunakan dengan menggunakan aplikasi GPS seperti PAPAGO.PAPAGOx5 merupakan aplikasi GPS android yang paling popular di WIFI.Saya sendiri menggunakan Papagox5 dan ia telah membantu saya mencari jalan atau tempat yang ingin saya kunjungi terutama sekali di Pulau Pinang =) atau bandar besar yang lain.Dengan voice navigation,anda tidak akan lagi sesat tidak kira dimana jua anda berada.Untuk peringatan anda,sila bawa bateri backup atau car charger kerana penggunaan GPS akan menggunakan banyak kuasa bateri telefon anda.
Photobucket
Lain-lain kelebihan telefon ini adalah applikasi third party yang membolehkan ia menjalankan permainan gameboy dan gameboy advance.Bagi gba/gb,applikasi gameboid diperlukan beserta rom bagi gba tersebut.Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengambil gambar dari gameplay.

*Pokemon Fire Version in action!!*

Dan yang paling best sekali berkenaan telefon ini adalah tempoh bateri bertahan untuk charge penuh iaitu hampir 3 hari dengan normal usage (wifi,texting,song) bagi telefon jenis "touch screen".Kepada pengguna yang ingin berjinak-jinak dengan android os,telefon ini amat sesuai dengan anda.

*Standard pakej bagi galaxy 5*



Seterusnya keupayaan sms,chatting bagi phone ni.Kepada kaki gtalk,telefon ini dilengkapi dengan aplikasi gtalk.Dan kepada pengguna YM,anda boleh memuat turun aplikasi dari market begitu juga dengan pengguna skype.Paparan untuk messaging(sms) adalah mudah dan tersusun dimana setiap sms yang dihantar mengikut pengguna disusun secara automatik.Segala fungsi ini memerlukan proses menaip dan semestinya sukar bagi telefon yang menggunakan skrin sesentuh.Tapi ini tidak menjadi masalah bagi Galaxy 5 kerana ia datang dengan swype iaitu perisian yang berguna bagi penggunaan texting qwert.Dengan swype,pengguna mampu menaip dengan cepat dan kadar kesilapan sentuh dapat dikurangkan. =)




Lagi ulasan di masa akan datang. =)

Android FTW!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...